Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2026

5 Apps Untuk Pelajar Bahasa Arab

Imej
5 Apps Menarik Untuk Pelajar Bahasa Arab Meniti arus kemodenan, kita disuapkan dengan pelbagai teknologi terkini. Ilmu-ilmu yang dulunya diperoleh melalui cara yang sukar, telah menjadi mudah. Ibarat kata orang, "dunia di hujung hari."  Bagi individu yang sedang mempelajari bahasa asing, penggunaan aplikasi di PlayStore atau Apple Store perlu dimanfaatkan dengan baik.  Terdapat beberapa apps yang saya boleh sarankan kepada pelajar bahasa Arab.  #1  — 3asafeer School: Learn Arabic Kesesuaian: Semua peringkat umur Peranti: Android, iOS Apps: Offline (muat turun buku perlukan internet) Apps 3asafeer (عصافير) ialah satu apps ceria yang memuatkan pelbagai jenis cerita. Tahap-tahap cerita boleh dibahagikan kepada ringkas, pendek, dan panjang. Setiap buku ditandakan dengan abjad Arab yang mewakili aras kesukaran buku tersebut. Huruf أ mewakili buku ringkas yang memuatkan kosa kata mudah dan asas seperti nombor, antonim, sinonim dan nama-nama haiwan. Susunan abjad Arab dalam...