5 Apps Untuk Pelajar Bahasa Arab

5 Apps Menarik Untuk Pelajar Bahasa Arab

Meniti arus kemodenan, kita disuapkan dengan pelbagai teknologi terkini. Ilmu-ilmu yang dulunya diperoleh melalui cara yang sukar, telah menjadi mudah. Ibarat kata orang, "dunia di hujung hari." 

Bagi individu yang sedang mempelajari bahasa asing, penggunaan aplikasi di PlayStore atau Apple Store perlu dimanfaatkan dengan baik. 

Terdapat beberapa apps yang saya boleh sarankan kepada pelajar bahasa Arab. 

#1 3asafeer School: Learn Arabic

Kesesuaian: Semua peringkat umur
Peranti: Android, iOS
Apps: Offline (muat turun buku perlukan internet)

Apps 3asafeer (عصافير) ialah satu apps ceria yang memuatkan pelbagai jenis cerita. Tahap-tahap cerita boleh dibahagikan kepada ringkas, pendek, dan panjang. Setiap buku ditandakan dengan abjad Arab yang mewakili aras kesukaran buku tersebut.


Huruf أ mewakili buku ringkas yang memuatkan kosa kata mudah dan asas seperti nombor, antonim, sinonim dan nama-nama haiwan.

Susunan abjad Arab dalam apps ini menggunakan susunan أبجد هوز حطي كلمن سعفص قرشت ثخذ ضظغ dan bukannya susunan أب ت ج seperti yang kita pelajari. Selain itu, aras kesukaran buku juga dapat dikenali melalui warna - hijau (mudah), kuning (sederhana), merah (tinggi). 

Aras Tinggi

Aras Sederhana

Aras Mudah

Apps ini turut menyediakan pembaca teks dalam setiap buku. Fungsi sari kata juga boleh diaktifkan dan dimatikan. Tetapan ini sebenarnya boleh melatih kemahiran mendengar pelajar. 

Pautan muat turun apps: 
iOS: App Store
Android: Play Store

#2 — Duolingo

Kesesuaian: Semua peringkat umur
Peranti: iOS, Android
Apps: Offline dan Online

Siapa saja yang tidak mengenali Duolingo? Apps ini merupakan antara aplikasi yang telah lama bertahan dalam konteks pembelajaran bahasa asing. Bermula dengan bahasa-bahasa utama dunia seperti Mandarin, Jepun dan bahasa Eropah, Duolingo kini menawarkan lebih daripada 20 bahasa dunia untuk dipelajari.

Interface Apps Duolingo

Perjalanan anda sepanjang menggunakan apps ini akan ditemani oleh si burung hantu berwarna hijau. Menurut pihak Duolingo, apps ini telah ditambah baik dari semasa ke semasa. Selain apps, anda juga boleh mempelajari bahasa yang dipilih di laman sesawang mereka dan menyegerakkan di semua apps yang anda miliki, dengan syarat mendaftar bawah akaun yang sama. 

Ujian Pengesanan Aras

Teknik pembelajaran yang digunakan oleh apps ini ialah teknik pengulangan. Melalui kaedah ini, pelajar dapat menghafal kosa kata baharu dan struktur ayat bahasa Arab yang digunakan seharian. Berbaloi untuk dikatakan bahawa audio pendengaran juga agak mencabar. Namun, ini akan membantu pelajar meningkatkan kemahiran mendengar ke tahap yang lebih baik.

Pros: Kosa kata pelbagai, tidak membosankan, audio dirakamkan oleh penutur jati.
Kons: Ada iklan.

Apps Duolingo
iOS: App Store
Android: PlayStore
Laman Sesawang: Duolingo

#3 — كلمات كراش (Kalimat Crush)

Dah penat belajar? Haa, jom kita main game! Permainan ini memerlukan anda melayari bahtera dari pulau ke pulau dan pelayaran anda ditentukan oleh kemampuan anda untuk menyelesaikan puzzle setiap pulau. 


#4 — Club House

#5 — Akhbar Arab

Kesesuaian: Peringkat Tinggi
Peranti: iOS, Android
Apps: Online





Ulasan